May 15, 2010

Sabtu, 15 Mei

Kelas membina blog diteruskan hari ke-2 ini. Walaupun rata-ratanya peserta kurang mahir dalam menggunakan komputer, tetapi dengan bantuan rakan-rakan lain dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Semua peserta dapat mengikuti pelajaran yang diberikan. Ini kerana pembelajaran dilakukan mengikut langkah demi langkah dan tunjuk ajar secara individu diberikan. Setelah berakhirnya kelas pada sesi kali ini, semua peserta berjaya menghasilkan blog peribadi masing-masing dengan pelbagai gaya susunan dan reka letaknya.

Nantikan ....

May 14, 2010

Jumaat - 14 Mei

Kelas membina blog sesi ke-2. Seramai sepuluh peserta kali ini mengikuti kelas dengan masing-masing masih belum begitu memahami apa itu blog. Dengan penerangan dan meneliti beberapa contoh blog, barulah para peserta dapat membuka minda dan menimba idea untuk membina blog peribadi masing-masing. Pada hari pertama ini para peserta diajar tentang pendaftaran/membuka akaun blog masing-masing. Dua orang peserta mengalami masalah dalam bahagian pendaftaran peserta. Terpaksalah memberi bimbingan dan penelitian yang lebih sedikit kepada mereka. Lupa akan alamat email dan kata kunci menjadi penyebab utamanya berlaku hal sedemikian.

May 8, 2010

Sabtu, 8 Mei

Hari kedua ni para peserta didedahkan dengan beberapa penambahan bagi mencantikkan blog masing-masing dengan penukaran gambar latar.

May 7, 2010

Buat blog

Peserta Kursus Bina Blog Sesi 1 2010


Jumaat dan Sabtu, 7 / 8 Mei 2010 mengajar para belia membina blog peribadi menggunakan blogspot di Pusat Siber Langkawi. Semua 10 orang peserta telah menyertai kelas pada hari ini . Internet agak perlahan, sebab pakai wireless, kalau kabel mungkin boleh laju sikit. Kul 12 tgh berhenti rehat dan solat. Pukul 2.45 baru sambung untuk sesi petang sampai pukul 5 lebih. Pada hari pertama ini para peserta didedahkan dengan bahagian asas blog.


Peserta Kursus Bina Blog Sesi 2 2010



Pada sesi ke-2 ini, seramai 10 orang peserta lagi telah mengikuti kelas membina blog kali ini. Sesi ke-2 ini telah dijalankan pada 14 dan 15 Mei (Jumaat dan Sabtu). Pada kali ini ramai peserta yang membawa komputer riba masing-masing, ini memudahkan peserta membina blog sendiri tanpa menunggu giliran menggunakan komputer di CC ini.

May 6, 2010

April 27, 2010

Kelas bina blog

Kelas/kursus membina blog anjuran Pusat Siber Rakan Muda, Langkawi bagi sesi pertama telah dijalankan pada 7 dan 8 Mei (Jumaat dan Sabtu) yang lalu. Seramai 10 orang peserta dari pelbagai tempat dan umur menyertai kursus ini. Kebanyakan mereka terdiri daripada belia -belia lepasan sekolah yang menunggu keputusan untuk menyambung pengajian ke IPTA Awam mahupun Swasta.


Dengan adanya kelas sebegini dapatlah mereka mengisi masa terluang sambil menimba kemahiran yang sesuai.